Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istana Bukit Kayangan bagi memenuhi persilaan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menikmati santapan tengah hari tadi. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Agong penuhi persilaan santapan tengah hari bersama Sultan Selangor

SHAH ALAM, 9 OGOS: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Istana Bukit Kayangan bagi memenuhi persilaan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menikmati santapan tengah hari.

Baginda tiba di Istana Kayangan pada jam 2.30 petang dan turut berkenan bersalam dengan Ahli Dewan Diraja Negeri Selangor.

Sultan Sharafuddin kemudian mengiringi Al-Sultan Abdullah ke Bilik Mengadap. Turut mengiringi Yang di-Pertuan Agong ialah Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menandatangai koleksi setem khas sempena pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Yang di-Pertuan Agong turut berkenan menurunkan tandatangan pada koleksi setem dan sampul hari pertama sempena pertabalan Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 milik Sultan Sharafuddin.

Baginda kemudian berkenan menerima dan menghadiahkan cenderamata kepada Sultan Sharafuddin sebelum baginda berangkat ke bilik santapan.

Yang di-Pertuan Agong  berangkat  meninggalkan Istana Bukit Kayangan pada jam 3.55 petang.


Pengarang :