Anggota ATM ketika proses melapah lembu pada Majlis Korban dan Akikah ATM sempena Hari Raya Aidiladha di Masjid Khalid Al-Walid (MKWK) Kementah hari ini. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Anggota ATM tunai ibadah korban

KUALA LUMPUR, 11 OGOS: Lebih 60 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menyertai aktiviti menyembelih dan melapah lembu korban sempena Hari Raya Aidiladha di Masjid Khalid Al Walid, Kementerian Pertahanan, di sini.

Aktiviti berkenaan disempurnakan Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM Mejar Jeneral Datuk Azlan Abd Rahman yang mewakili pemangku Panglima ATM Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Sejumlah 25 ekor lembu dan seekor kambing disembelih dan dilapah sejurus selesai solat sunat Aidiladha berkenaan.

Daging korban diagihkan kepada fakir miskin di sekitar masjid itu serta anak qariah masjid.

Penganjuran program itu bertujuan menyemarakkan semangat berkorban dalam menghayati syiar Islam.

-BERNAMA


Pengarang :