SELANGOR

BERSATU Selangor sokong tulisan khat diperkenal

SHAH ALAM, 9 OGOS: Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Selangor menyokong penuh tindakan kerajaan memperkenalkan tulisan khat kepada pelajar sekolah tahun empat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Pengerusinya, Dato’ Abdul Rashid Asari berkata, pihaknya turut mendesak Kementerian Pendidikan supaya tidak tunduk kepada sebarang cubaan menggagalkan usaha itu.

“Sebarang peninggalan warisan semua kaum dan pelbagai bangsa di negeri ini amat diraikan serta diketepikan hanya kerana perasaan takut yang tidak berasas serta hasutan berbaur perkauman.

“Ini akan membantutkan proses pemulihan Malaysia Baharu yang diperjuangkan Kerajaan pilihan rakyat sendiri,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, Abdul Rashid berkata, cubaan memperlekehkan usaha kerajaan melestarikan tulisan jawi yang terbukti menjadi sebahagian besar sejarah awal perlu dipandang serius.

Malah, katanya, ia perlu dikekang serius demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan bersama.

Terdahulu, Jemaah Menteri memutuskan pengenalan seni tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu kepada murid sekolah rendah Tahun Empat SKJC diteruskan seperti dirancang mulai tahun hadapan.


Pengarang :