BERITA UTAMA

Bomba Sarawak lapor polis insiden sabotaj bakar hutan

KUCHING, 16 OGOS: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak membuat satu laporan polis berhubung perbuatan khianat dan sabotaj individu tidak bertanggungjawab yang melakukan pembakaran hutan di Kampung Sedi.

Laporan itu dibuat Pemangku Ketua Balai Bomba Tanjung Manis, Majedi Tinggal yang mewakili JBPM, di Balai Polis Daro di daerah Matu Daro.

Majedi berkata, sepasukan bomba membuat rondaan bagi memantau situasi kebakaran yang berlaku di Kampung Sedi, semalam dan melihat sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.

“Apabila kami berpatah balik ke tempat kebakaran, terdapat dua tompokan api yang sedang marak dan mengakibatkan kebakaran terus merebak ke kawasan seluas lima ekar.

“Kami mengesyaki terdapat perbuatan sabotaj berlaku dan membuat laporan polis ini untuk rujukan JBPM,” katanya.

-BERNAMA


Pengarang :