AGENDANASIONAL

Budi bahasa, budi bicara, budi pekerti teras pelajar UNISEL

SHAH ALAM, 21 OGOS: Minggu Tekad Siswa Budiman bagi mahasiswa baharu Universiti Selangor (UNISEL) yang melabuhkan tirai semalam mengetengahkan elemen budi bahasa, budi bicara dan budi pekerti.

Presiden dan Naib Canselornya, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, program berlangsung selama empat hari bermula 17 Julai lalu itu adalah minggu suai kenal antara pelajar baharu di bawah kelolaan Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti UNISEL.

“Dengan elemen ini diharapkan setiap pelajar dapat memperkasakan sahsiah diri supaya menjadi seorang yang berketerampilan tinggi pada masa hadapan,” katanya pada Majlis Ikrar Pelajar Baharu di kampus Bestari Jaya, di sini semalam.

Pada majlis berkenaan, pelajar baharu melafazkan ikrar dengan penuh semangat dan mengakhiri azam baharu sebagai mahasiswa serta mahasiswi institusi pengajian tinggi terbabit.

Mohammad Redzuan turut berterima kasih atas kepercayaan pelajar dan ibu bapa yang memilih UNISEL sebagai tempat untuk melanjutkan pengajian pada peringkat tertinggi.

“Saya percaya universiti ini menjadi pilihan pelajar kerana keyakinan terhadap kebolehan UNISEL dapat membentuk kecemerlangan kepada pelajar.

“UNISEL juga terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing dan ini merupakan faktor utama kecenderungan keberjayaan setiap pelajar,” katanya.


Pengarang :