AGENDANASIONAL

Bursa Malaysia bercampur-campur pada tengah hari

KUALA LUMPUR, 19 OGOS: Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada akhir dagangan pagi, dengan indeks berusaha melepasi penanda aras pada 1,600 mata.

Pada rehat tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.60 mata kepada 1,597.62 berbanding 1,599.22 pada penutuan Jumaat.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 338 berbanding 314, manakala 322 kaunter tidak berubah, 946 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.22 bilion saham bernilai RM636.56 juta.

Seorang penganalisis berkata, pelabur terus berhati-hati terhadap masa depan ekonomi dunia, dengan sebilangannya menarik keluar pelaburan dari pasaran saham untuk melabur dalam bon kerajaan.

“Pasaran dijangkakan tidak banyak berubah untuk hari ini, dengan peluang minimum untuk melepasi penanda aras 1,600 pada penutupan,” katanya.

Mengenai prestasi saham wajaran tinggi, Kuala Lumpur Kepong susut 12 sen kepada RM23.90, Digi susut enam sen kepada RM4.96 manakala Dialog turun lima sen kepada RM3.48.

Press Metal tidak berubah pada RM4.79 manakala MISC menambah tiga sen kepada RM7.32.

Bagi kaunter aktif, Sumatec susut satu sen kepada 2.5 sen, NETX turun setengah sen kepada 1.5 sen, manakala Sapura Energy, Bumi Armada dan KNM masing-masing kekal pada 27 sen, 22 sen dan 38 sen.

Indeks FBM Emas Shariah merosot 3.31 mata kepada 11,839.90, Indeks FBM Emas turun 1.54 mata kepada 11,306.57, Indeks FBMT 100 susut 2.92 mata kepada 11,142.73, FBM Ace menokok 6.07 mata kepada 4,593.79, manakala FBM 70 menambah 30.18 mata kepada 14,104.31.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 12.29 mata kepada 15,536.80, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perusahaan meningkat 0.8 mata kepada 150.52 manakala Indeks Perladangan menambah 0.92 mata kepada 6,759.29.

– BERNAMA


Pengarang :