AGENDANASIONAL

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR, 22 OGOS: Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini menjejaki kenaikan semalaman indeks global ketika mana data terkini menunjukkan pembelian runcit di Amerika Syarikat (AS) kekal di wilayah positif.

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.09 mata kepada 1,596.68, selepas menambah 1.67 pada pembukaan daripada 1,594.59 penutup semalam.

Di pasaran yang lebih meluas, kaunter naik mengatasi kaunter turun sebanyak 130 berbanding 63 dengan 167 kaunter tidak berubah, manakala 1,599 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Sejumlah 81.29 juta saham bertukar tangan bernilai RM40.46 juta.

-BERNAMA


Pengarang :