AGENDAEKONOMI

Bursa Malaysia dibuka tinggi

KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, ditolak naik oleh keuntungan semalaman di Wall Street.

Pada jam 9.20 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI meningkat 8.84 mata kepada 1,604.02 selepas dibuka 7.06 mata lebih tinggi pada 1,602.24 berbanding 1,595.18 pada penutupan semalam.

Seorang peniaga berkata, pasaran saham AS meneruskan peningkatan apabila Dow, S & P 500 dan Nasdaq masing-masing meningkat 1.3 peratus, 1.3 peratus dan 1.5 peratus susulan keyakinan yang semakin meningkat selepas pihak berkuasa China tidak bertindak balas terhadap pusingan tarif terkini.

“Oleh itu, kita dapat melihat lebih banyak peningkatan, sebahagian besarnya didorong oleh sejauh mana sentimen akan meningkat dalam jangka masa terdekat, terutama perkembangan berkaitan pertikaian perdagangan AS-China,” katanya.

Beliau berkata, dengan indeks melepasi paras 1,600 mata, rintangan ditetapkan pada tahap 1,610, sementara sokongan berada pada tahap 1,580-1,590.

Antara saham wajaran tinggi, Maybank menokok 11 sen kepada RM8.68, Public Bank menambah lapan sen kepada RM20.40, Petronas Chemicals naik lima sen kepada RM6.82 manakala IHH naik empat sen kepada RM5.81.

TNB tidak berubah pada RM13.80.

Di papan skor, Indeks FBM Emas meningkat 66.029 mata kepada 11,289.18, Indeks FBMT 100 menambah 66.89 mata kepada 11,129.01 manakala Indeks FBM Emas Shariah naik 46.779 mata kepada 11,825.31.

FBM Ace menambah 19.46 mata kepada 4,529.85 dan FBM 70 melonjak 106.25 mata kepada 13,846.16.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 124.16 mata kepada 15,494.71, Indeks Perladangan naik 13.19 mata kepada 6,830.98 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian tidak berubah pada 146.86.

Berdasarkan kedudukan pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 230 berbanding 103, dengan 211 kaunter tidak berubah, 1,443 tidak diniagakan dan 71 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 272.56 juta unit bernilai RM134.05 juta

tidak diniagakan dan 71 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 272.56 juta unit bernilai RM134.05 juta.

– BERNAMA


Pengarang :