AGENDANASIONAL

Bursa Malaysia ditutup rendah

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, selari dengan keadaan pasaran serantau yang turun naik, diheret oleh ketidakpastian perang perdagangan Amerika Syarikat(AS)-China.

Penanda aras FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup 8.08 mata lebih rendah pada 1,600.53, paras tertinggi harian, selepas pada awalnya mencecah paras terendah 1,590.51.

Seorang peniaga berkata, saham-saham Asia jatuh berikutan perkembangan terkini perang perdagangan AS-China menjejaskan keyakinan terhadap ekonomi dunia dan mendorong pelabur untuk beralih kepada pelaburan selamat seperti bon kedaulatan dan yen Jepun.

“Perang perdagangan AS-China yang berlarutan terus memberi kesan terhadap sentimen pelabur dan memberi ancaman terhadap pertumbuhan ekonomi global,” katanya.

Beliau berkata, kini kemungkinan besar sekatan dan perancangan perdagangan sedia ada tidak akan dimansuhkan dalam masa terdekat, manakala sekatan dalam bentuk lain mungkin juga akan diperkenalkan.

Di peringkat serantau, Indeks Komposit Shanghai turun 1.17 peratus, Indeks Hang Seng Hong Kong merosot 1.91 peratus dan Nikkei 225 Jepun susut 2.17 peratus.

Di bursa tempatan, Maybank turun lima sen kepada RM8.59, Public Bank susut dua sen kepada RM20.80, TNB merosot enam sen kepada RM13.70 dan Petronas Chemicals jatuh 31 sen kepada RM6.91.

IHH menokok dua sen kepada RM5.70.

Bagi saham aktif, DRB-Hicom turun 35 sen kepada RM2.60, Ekovest susut dua sen kepada 82.5 sen dan Sapura Energy dan KNM masing-masing jatuh satu sen kepada 26.5 sen dan 35.5 sen.

Vsolar tidak berubah pada 13.5 sen.

Di papan skor, Indeks FBM Emas merosot 83.30 mata kepada 11,302.85, Indeks FBM Emas Shariah turun 111.62 mata kepada 11,812.57 dan Indeks FBMT 100 susut 80.99 mata kepada 11,138.34.

FBM Ace merosot 39.98 mata kepada 4,513.65 dan FBM 70 turun 183.5 mata kepada 13,996.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 29.43 mata kepada 15,625.9, Indeks Perladangan menguncup 43.61 mata kepada 6,798.08 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 3.4 mata kepada 147.17.

Kedudukan pasaran secara menyeluruh adalah negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 539 berbanding 220, dengan 461 kaunter tidak berubah, 746 tidak diniagakan dan 14 lain digantung.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2.21 bilion unit bernilai RM1.81 bilion daripada 2.01 bilion unit bernilai RM1.74 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama menurun kepada 1.30 bilion saham bernilai RM1.60 bilion daripada 1.38 bilion saham bernilai RM1.60 bilion pada Jumaat.

Jumlah dagangan waran naik kepada 635 juta unit bernilai RM150.4 juta daripada 369.33 juta unit bernilai RM82.98 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE turun kepada 272.47 juta saham bernilai RM59.46 juta daripada 354.58 juta saham bernilai RM54.87 juta.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 311.2 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (175.8 juta), pembinaan (121.61 juta), teknologi (111.91 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (33.5 juta) 139.56 juta), perladangan (20.42 juta), REIT (12.32 juta), dana tertutup (19,000), tenaga (285.95 juta), penjagaan kesihatan (12.23 juta), telekomunikasi dan media (37.96 juta) pengangkutan dan logistik (18.31 juta), dan utiliti (22.39 juta).

– BERNAMA


Pengarang :