AGENSI SELANGOR

Cawangan LZS di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ditutup sementara

SHAH ALAM, 7 OGOS : Cawangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ditutup sementara bermula esok (8 Ogos).

LZS menerusi kenyataan memaklumkan penutupan itu disebabkan kerja-kerja pengubahsuaian serta dijangka beroperasi seperti biasa pada 1 November.

“Bagaimanapun orang ramai boleh membuat sebarang urusan melalui Zakat on Wheels yang disediakan di tapak letak kereta bermula 8 Ogos hingga 31 Oktober.

“Pada masa sama terdapat tiga lokasi pusat LZS yang berdekatan iaitu Cawangan Bangunan Sultan Idris Shah, Ibu Pejabat LZS di Seksyen 13 dan cawangan UTC Selangor,” kata kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan orang ramai boleh terus menghubungi LZS di talian 1-300-88-4343.


Pengarang :