Tun Dr Mahathir Mohamad melawat pusat seni digital interaktif teamLab Future Park di Canal City Hakata hari ini bagi melihat sendiri teknologi Augmentend Reality (AR) yang digunakan di taman futuristik itu. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Dr Mahathir lawat teamLab Future Park

FUKUOKA (Jepun), 7 OGOS: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melawat pusat seni digital interaktif teamLab Future Park, di sini hari ini.

Beliau meluangkan masa kira-kira sejam di pusat berkenaan yang terletak di Canal City Hakata, untuk meneroka pameran interaktif dan teknologi di sebaliknya.

Beliau turut diberi taklimat dan penerangan semasa lawatan oleh pengasas teamLab Toshiyuki Inoko.

Dr Mahathir berada di Fukuoka untuk lawatan kerja dua hari mulai Rabu.

-BERNAMA


Pengarang :