BERITA UTAMA

Dr. Siti Hasmah pulih daripada keracunan makanan

KUALA LUMPUR, 29 OGOS: Isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali sudah dibenarkan keluar dari hospital hari ini, menurut Pejabat Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan menerusi Whatsapp, memaklumkan Dr Siti Hasmah dibenarkan keluar selepas dirawat di Prince Court Medical Centre di Kuala Lumpur sejak Isnin lepas, akibat keracunan makanan yang ringan.

Pejabat Perdana Menteri turun berkongsi sekeping gambar menunjukkan Dr Siti Hasmah berjalan keluar dari hospital berkenaan kira-kira pukul 2 petang ini.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, isteri beliau, Dr Siti Hasmah sudah pulih daripada keracunan makanan yang ringan, tetapi belum dibenarkan keluar dari hospital.

Isnin lepas, dilapor, Dr Siti Hasmah dirawat di Prince Court Medical Centre berikutan keracunan makanan yang ringan dan sedang berehat.

Dr Siti Hasmah sepatutnya menemani Dr Mahathir untuk lawatan rasmi tiga hari ke Vietnam yang berakhir semalam.

– BERNAMA


Pengarang :