Selangorkini
BERITA UTAMA

EXCO Perak dijangka dihadapkan ke mahkamah esok

IPOH, 22 OGOS: Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung, Paul Yong Choo Kiong dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pagi esok, susulan dakwaan merogol seorang pembantu rumahnya, bulan lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh sumber yang enggan dikenali, kepada Bernama.

Pada 8 Julai lalu, seorang wanita warga Indonesia berumur 23 tahun, membuat laporan polis mendakwa dirogol Yong di rumah majikannya itu di Meru.

Sehari selepas laporan dibuat, pihak polis telah menangkap EXCO berkenaan yang kemudian dibebaskan dengan jaminan polis setelah siasatan selesai dalam tempoh 24 jam.

-BERNAMA


Pengarang :