Gambar diambil di pusat bandar Milan, Itali pada 30 Mei 2019 menunjukkan logo syarikat multinasional Amerika Apple. -Foto AFP
AGENDABERITA UTAMAGLOBAL

FAA larang beberapa MacBook Pro naik pesawat

WASHINGTON, 14 OGOS: Beberapa model komputer riba MacBook Pro dilarang untuk dibawa menaiki mana-mana penerbangan ekoran risiko baterinya yang mudah terbakar.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengambil keputusan itu selepas syarikat pengeluarnya, Apple Inc menarik semula unit tertentu daripada pasaran, lapor Reuters.

“FAA maklum insiden bateri komputer riba MacBook Pro ditarik balik,” kata jurucakap agensi berkenaan.

Susulan itu, ia turut mengingatkan kepada semua syarikat penerbangan mengenai insiden tersebut.

Pada Jun lalu, Apple Inc merancang menarik semula sejumlah komputer riba 15 inci MacBook Pro kerana baterinya mudah mencapai suhu panas melampau.

Kesemua unit berkenaan memasuki pasaran antara September 2015 dan Februari 2017.


Pengarang :