AGENDANASIONAL

Festival Pemuliharaan Pokok Selangor 2019, Sabtu ini

SHAH ALAM, 15 OGOS: Masyarakat setempat khususnya warga Tanjung Sepat dipelawa menjayakan Festival Pemuliharaan Pokok Selangor 2019, di Dataran Kampung Batu Laut Tanjung Sepat, di sini, pada 17 Ogos ini.

Festival anjuran Team Selangor yang digerakkan Seketariat Kesedaran Kenegaraan dan Kesukarelaan Negeri Selangor itu dijadual berlangsung seawal 8 pagi hingga 6 petang.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada masyarakat antaranya menanam pokok dan pembersihan pantai, wacana ilmu, sukan rakyat, tarian zumba, ‘trash to cash’, ‘free market’ termasuk pameran agensi kerajaan.

Orang ramai juga berpeluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma, membuat semakan di kaunter pendaftaran pemilih, kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan dan kaunter Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd.

Selain itu, festival berkenaan akan turut digamatkan dengan persembahan selebriti tanah air dan buskers.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dijangka hadir merasmikan festival terbabit.


Pengarang :