Keadaan terminal lapangan terbang KLIA yang sesak akibat mengalami gangguan sistem pada 22 Ogos 2019. Foto BERNAMA
BERITA UTAMA

Gangguan sistem: Malaysia Airports buat laporan polis

SEPANG, 27 OGOS: Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports telah membuat satu laporan polis berhubung masalah gangguan sistem yang melanda Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner Polis Zulkifli Adamsah mengesahkan pihaknya menerima laporan itu yang dibuat oleh seorang pengurus kanan bahagian teknologi
maklumat Malaysia Airports hari ini, Selasa (27 Ogos).

Menurutnya, pihaknya menerima laporan itu yang dibuat oleh seorang pengurus kanan bahagian teknologi
maklumat Malaysia Airports hari ini, Selasa (27 Ogos).

“Polis akan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya di sini hari ini.

Seksyen 427 Kanun Keseksaan merujuk kepada perbuatan khianat dan memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airports, Raja Azmi Raja Nazuddin dalam kenyataannya semalam (Isnin) tidak menolak kemungkinan kegagalan
rangkaian di KLIA mulai Rabu lalu disebabkan perbuatan berniat jahat.

Malaysia Airports pada Jumaat lepas berkata, kegagalan rangkaian dikenal pasti sebagai punca gangguan sistem di KLIA, yang menyebabkan kelewatan
penerbangan, penumpang beratur panjang dan pengembara kecewa, serta telah mengambil langkah untuk menggantikan peralatan rangkaian.

Gangguan sistem telah menjejaskan fungsi utama seperti sambungan WiFi, sistem paparan maklumat penerbangan, kaunter daftar masuk dan sistem
pengendalian bagasi.

Menurut Zulkifli, tiada bahan bukti diserahkan kepada polis semasa laporan dibuat.

– BERNAMA


Pengarang :