AGENDAGLOBAL

Gempa bumi gegarkan barat Iran

TEHRAN, 5 OGOS : Satu gempa bumi bermagnitud 5.2 melanda rantau Choram di wilayah barat Kohgiluyeh dan Boyer-Ahmad di Iran pada awal pagi Isnin, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Pusat Seismologi Iran.

Pusat gempa dilaporkan berada pada kedalaman 10 kilometer dan terletak di longitud 50.790 darjah timur dan latitud 30.594 darjah utara.

Gempa itu dirasai bandar-bandar utara dalam wilayah Khuzestan yang terletak di barat daya Iran.

Menurut media tempatan, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa setakat ini namun lima orang cedera.

Di kawasan luar bandar, rumah-rumah mengalami kerosakan.

Persatuan Bulan Sabit Merah Iran telah menghantar beberapa pasukan penilai ke kawasan terjejas.

Selain itu, pasukan penyelamat berada di lokasi gempa bagi membantu penduduk yang terjejas. -BERNAMA


Pengarang :