AGENDA EKONOMI

Harga emas semakin mahal

KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tanpa diniagakan pagi ini berikutan kekurangan minat belian.

Pada 9.45 pagi, kontrak Ogos 2019, September 2019, Oktober 2019 dan November 2019 masing-masing pada RM197.50, RM193.10, RM194.1 dan RM194.55.

Jumlah dagangan sifar manakala kepentingan terbuka sebanyak 110 kontrak.

Harga emas fizikal meningkat RM2.28 kepada RM197.65 daripada RM195.61 segram, sebelum ini.

-BERNAMA


Pengarang :