Kebakaran hutan tanah gambut di daerah Pelalawan sebuah wilayah di Pulau Sumatra yang menjadi jiran Singapura dan Malaysia pada 2 Ogos 2019. Foto AFP
SELANGOR

Indeks jerebu Johan Setia Klang naik mendadak

SHAH ALAM, 7 OGOS : Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Johan Setia Klang naik mendadak sehingga mencatatkan kualiti udara tidak sihat.

Laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan, bacaan IPU di kawasan itu dicatatkan pada tahap 92 pada jam 10 malam tadi dan kemudiannya naik ke paras 104 pada 5 pagi ini.

Bacaan jerebu tidak sihat itu terus berlarutan sehingga jam 11 pagi hari ini apabila IPU dicatatkan pada tahap 105.

Sementara itu beberapa kawasan lain mencatatkan kualiti udara tahap sederhana, ia termasuk Banting, Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya.

Sebelum ini Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, keadaan jerebu yang dialami di Lembah Klang adalah ekoran asap kebakaran hutan dan tanah gambut yang berlaku di beberapa kawasan tengah Semenanjung seperti di Selangor dan Pahang.


Pengarang :