BERITA UTAMA

Inisiatif ke arah pelancongan pintar – PM

KUALA LUMPUR, 26 OGoS: Malaysia sedang mengorak langkah ke arah pendigitalan yang komprehensif bagi mengubah industri pelancongannya dengan inisiatif pelancongan pintar, sejajar dengan Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0), kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami percaya dengan mendukung seluruh spektrum pendigitalan, kita akan dapat menyediakan peralatan perlu bagi industri pelancongan yang dapat dihubungkan ke peringkat antarabangsa, mengadakan analisis data rapi mengenai masa hadapan pelancongan dan menyingkatkan rangkaian tawaran.

“Untuk menjadikannya satu kenyataan, satu iklim pelaburan baru diperlukan untuk satu persekitaran kondusif bagi membolehkan industri pelancongan berpusatkan teknologi bergerak ke hadapan. Pelaburan dalam infrastruktur keras dan lembut perlu diseimbangkan.

“Dasar kebangsaan diperlukan untuk membenarkan insentif pelaburan dalam produk yang lebih tidak ketara seperti data pemerolehan, penciptaan kandungan dan kewujudan platform dalam talian,” katanya pada ucaptama semasa melancarkan Persidangan Pelancongan Sedunia 2019.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi.

– BERNAMA


Pengarang :