AGENDANASIONAL

Kadar jangka pendek kekal stabil minggu depan

KUALA LUMPUR, 17 OGOS: Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai dalam pasaran tunai.

Bagi minggu yang baru berakhir, kadar rujukan semalaman Islam berada pada 2.96 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing kekal pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus.

Sepanjang minggu ini, BNM melaksanakan operasi harian untuk menyerap lebihan dana daripada sistem kewangan dengan menjalankan tender pasaran wang konvensional, Qard, repo berbalik, tender lelongan matang serta Bil Antara Bank Bank Negara.

Pasaran ditutup pada Isnin bersempena Aildiladha yang jatuh pada Ahad.

Jumlah lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional bagi minggu ini susut kepada RM21.8 bilion daripada RM20.35 bilion pada minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam, ia berkurangan kepada RM9.5 bilion daripada RM11.26 bilion sebelum ini.

– BERNAMA


Pengarang :