AGENDANASIONAL

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 19 OGOS: Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional merosot kepada RM24 bilion daripada RM26.04 bilion pagi ini, manakala dalam sistem Islam, ia menyusut kepada RM8.6 bilion daripada RM13.26 bilion.

Awal hari ini, BNM menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, tiga tender Qard dan satu tender repo berbalik.

Pada 4 petang, bank pusat menjalankan tender pasaran wang konvensional RM23.50 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM8.6 bilion, kedua-duanya untuk wang sehari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing ditetapkan pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus.

– BERNAMA


Pengarang :