AGENDANASIONAL

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 23 OGOS: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM30.16 bilion dalam sistem konvensional dan RM15.37 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan mengeluarkan tiga tender pasaran wang konvensional terdiri daripada RM2 bilion untuk tujuh hari dan dua RM1 bilion, masing-masing untuk 14 hari dan 21 hari.

BNM akan turut menjalankan dua tender Qard terdiri daripada RM2.3 bilion untuk tujuh hari dan RM2 bilion untuk 21 hari.

Ia akan turut mengeluarkan Bil Antara Bank Bank Negara RM500 juta untuk 30 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM26.2 bilion dan tender semalaman Murabahah RM11.1 bilion.

– BERNAMA


Pengarang :