AGENDANASIONAL

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 26 OGOS: Kadar antara bank jangka pendek kekal stabil susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.11 bilion daripada RM23.21 bilion pagi ini, manakala dalam sistem Islam merosot kepada RM11.21 bilion daripada RM15.55 bilion.

Awal hari ini, BNM menawarkan dua tender pasaran wang konvensional, dua tender Qard dan dua tender repo berbalik.

Pada 4 petang, bank pusat mengendalikan RM26.5 bilion tender pasaran wang konvensional dan RM11.2 bilion tender pasaran wang Murabahah, kedua-duanya untuk wang sehari.

BNM telah menyemak semula tender semalaman konvensional daripada RM22.7 bilion kepada RM26.5 bilion.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 2.96 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu masing-masing ditambat pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus.

– BERNAMA


Pengarang :