AGENDA EKONOMI

Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

KUALA LUMPUR, 6 OGOS: Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dijangka sebanyak RM24.61 bilion dalam sistem konvensional dan RM14.61 bilion dalam dana Islam.

Bank pusat itu akan menawarkan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion, masing-masing selama tujuh hari dan 14 hari.

Ia akan turut menawarkan tender Qard sebanyak RM800 juta selama tujuh hari dan RM2.10 bilion untuk 13 hari dan Bil Antara Bank-Bank Islam Bank Negara bernilai RM500 juta selama 33 hari.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender konvensional semalaman sehingga RM22.6 bilion dan RM11.7 bilion bagi tender Murabahah semalaman. – BERNAMA


Pengarang :