Nilai hartanah yang masih berpatutan dan jaringan lebuh raya utama menjadi tarikan orang ramai untuk membeli kediaman di Shah Alam. Foto SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kualiti udara di Selangor makin pulih

SHAH ALAM, 13 OGOS: Tahap kualiti udara di Selangor semakin baik menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang direkodkan, hari ini.

Menurut data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU di Banting dan Klang pada kadar 67, Shah Alam (64), sementara Petaling Jaya (62).

Data bacaan IPU itu direkodkan semakin menurun berbanding minggu lalu berada pada kadar 80 dan ke atas.

Namun, IPU di Johan Setia Klang masih di tahap berjaga-jaga dengan bacaan 85.

Tetapi kualiti udara semakin baik berikutan sebelum ini lokasi berkenaan sudah beberapa kali direkodkan sebagai tidak sihat.

Bagaimanapun kualiti udara di Miri, Sarawak terus berada pada tahap berbahaya dengan bacaan IPU melebihi 300 sehingga petang ini.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat), dan berbahaya jika melebihi 300.


Pengarang :