Jerebu di Miri berpunca daripada pembakaran terbuka tidak terkawal yang berlaku sejak semalam. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Kualiti udara Miri kekal tahap bahaya

KUALA LUMPUR, 13 OGOS: Kualiti udara di Miri, Sarawak terus berada pada tahap berbahaya dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 300 setakat 10 malam tadi.

Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU 358 dan 305 masing-masing dicatat di stesen pemantauan udara di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Baram 2 dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri.

Hari ini, cerapan kualiti udara di SK Kuala Baram 2 mula menerjah kategori berbahaya pada jam10 pagi tadi dengan bacaan IPU 302 manakala di ILP Miri, bacaan sangat tidak sihat antara 201-300 direkodkan dari jam 9 pagi hingga 5 petang sebelum memasuki kategori berbahaya pada jam 6 petang tadi dengan bacaan IPU 302.

Sibu dan Sri Aman, juga di Sarawak, mencatat bacaan kualliti udara tidak sihat iaitu masing-masing 154 dan 132 setakat jam 10 malam ini manakala majoriti lokasi lain di seluruh negara merekodkan bacaan IPU sederhana.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat), dan berbahaya jika melebihi 300.

-BERNAMA


Pengarang :