– Foto BERNAMA
AGENDAGLOBAL

Lagu Negaraku berkumandang di Bangkok

BANGKOK, 31 OGOS: Lagu kebangsaan ‘Negaraku’ berkumandang di perkarangan Kedutaan Besar Malaysia Bangkok, Thailand sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62.

Lebih 250 rakyat Malaysia yang menetap, bekerja dan menuntut di sekitar ibu kota Bangkok telah hadir menyemarakkan sambutan hari bersejarah dengan penuh semangat patriotik.

Majlis bermula dengan acara menaikkan bendera Jalur Gemilang dan semua hadirin kemudian menyanyikan “Negaraku”.

Selain itu, ahli jawatankuasa Persatuan Wanita Kementerian Luar Negeri (Perwakilan) turut membuat persembahan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel dan isteri, Datin Catherina Cherian hadir pada majlis itu.

Dalam ucapan ringkasnya, Jojie berharap sambutan Hari Kemerdekaan di kedutaan dapat menyemarakkan semangat cinta negara, menghayati kemerdekaan serta mempertahankan perpaduan kaum dan keamanan negara di kalangan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara.

–BERNAMA


Pengarang :