Anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Klang memeriksa sebuah rumah yang dijadikan kedai runcit oleh warga asing di Taman Daya Maju, Meru pada 29 Ogos 2019. Foto MPK
PBTSELANGOR

Lapan buah rumah dijadikan kedai kena serbu

KLANG, 30 OGOS: Lapan buah rumah yang dijadikan kedai makan dan menjual barang runcit oleh warga asing diserbu Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Taman Daya Maju, Meru semalam.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, operasi penguatkuasaan itu dibuat selepas MPK menerima aduan berhubung tindakan salah guna bangunan.

“Lokasi rumah ini menjadi tumpuan warga asing. Mereka sewenang-wenangnya berniaga di kawasan kediaman.

“Dalam operasi ini, tindakan sitaan dilakukan kerana mereka tidak mempunyai lesen dan menyalahgunakan bangunan kediaman,” katanya dalam kenyataan.

Norfiza berkata, MPK akan memperhebatkan operasi seperti itu dari masa ke masa terutama lokasi tumpuan warga asing.

“Pemilik rumah juga perlu peka dengan kediaman yang disewakan kepada penyewa supaya tidak disalahgunakan.

“Malah, MPK juga tidak mengeluarkan lesen kepada warga asing untuk berniaga,” katanya.


Pengarang :