Selangorkini
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi (empat,kiri) menunjukkan durian Musang King Yang merupakan ikonik Bentong ketika merasmikan Karnival Wow Wild Bentong 2019 pada 12 Jun 2019. -Foto BERNAMA
AGENDA GLOBAL

Lebih 5,000 durian habis dimakan dalam 30 Minit di Bentong

YALA, 25 OGOS: Lebih 5,000 biji durian habis dimakan dalam masa kurang 30 minit di pesta makan durian dan buah-buahan tempatan di Betong,Yala, selatan Thailand, semalam.

Kira-kira 3,000 pengunjung dalam dan luar negara tidak melepaskan peluang berkunjung ke Kg Piyamit di Mukim Tanah Merah untuk menikmati keenakan raja buah secara percuma.

Bufet durian dan buah-buahan tempatan anjuran Majlis Pentadbiran Mukim Tanah Merah, Betong itu mendapat sambutan hangat kalangan penduduk tempatan serta pelancong Malaysia dan Singapura.

Presiden Majlis Pentadbiran Mukim Tanah Merah, Wirat Saethan berkata, pesta makan durian secara percuma yang masuk tahun kelapan itu mendapat sambutan ramai.

“Pesta ini bertujuan untuk mempromosikan durian dan buah-buahan tempatan selain memperkenalkan produk pelancongan di Betong,” katanya kepada Bernama.

Selain menikmati durian, pihak penganjur turut mengadakan pertandingan makan buah-buahan tempatan dan makanan seperti makan ayam Betong dan mee goreng Betong.

– BERNAMA


Pengarang :