AGENDANASIONAL

Lelaki temui ajal dihempap pokok

SIPITANG, 4 OGOS : Seorang lelaki maut selepas dihempap pokok tumbang di Kampung Luagan, semalam.

Mangsa, Hamdi Diman, 41, yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah dalam kenyataan memaklumkan menerima panggilan kecemasan pada 4.52 petang.

“Balai Bomba Penyelamat Sipitang bersama empat anggota dan dua kenderaan ke lokasi kejadian mengeluarkan mangsa yang terperangkap,” menurut kenyataan itu.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -BERNAMA


Pengarang :