Saipolyazan Mat Yusop Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

LZS kutip zakat RM380 juta sehingga Jun 2019

SHAH ALAM, 29 OGOS: Sejumlah RM380 juta wang zakat berjaya dikutip Lembaga Zakat Selangor (LZS), sehingga Jun lalu dan RM360 juta daripadanya diagihkan kepada asnaf.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Saipolyazan Md Yusop berkata, bantuan itu merangkumi pembinaan rumah, sewa rumah, bantuan makanan bulanan, kewangan, perubatan dan dialisis.

“LZS juga memberikan penekanan kepada pembangunan zakat untuk generasi kedua, generasi cemerlang dan seterusnya mampu mengeluarkan asnaf daripada kepompong kemiskinan.

“Sejumlah bantuan sudah diagihkan kepada lebih 14,000 keluarga asnaf fakir, 39,000 keluarga asnaf miskin, 5,000 muallaf dan selebihnya kepada lain-lain asnaf,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Mesra Majikan 2019 di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor di sini, hari ini.

Saipolyazan berkata, LZS memerlukan sekurang-kurangnya RM200 juta untuk mencukupkan keperluan tanggungan keluarga asnaf sehingga 31 Disember 2019.

Sementara itu, sebanyak RM324.7 juta yang dikutip bagi tahun 2018 adalah melalui Skim Potongan Gaji, meningkat 7.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Bagi tahun ini sejumlah RM181.2 juta dikutip dengam tambahan 9,362 pembayar cukai baru melalui potongan gaji,” katanya.


Pengarang :