Amirudin Shari beramah mesra bersama jemaah Surau Al-Hidayah ketika Program Sumbangan Lembu, Ziarah Korban, pada Majlis Kenduri Rakyat Hari Raya Aidiladha 2019 di sekitar Surau DUN Sungai Tua. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

MB galak laung takbir sempena Aidiladha

GOMBAK, 11 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menggalakkan umat Islam melaungkan takbir sepanjang Aidiladha sebagai bekalan akhirat kelak.

Katanya, ia juga sebahagian daripada cara umat Islam menghebahkan kemeriahan perayaan itu kepada umum.

“Umat Islam seharusnya merebut ganjaran yang akan menjadi bekalan pada akhirat kelak dan saya amat menggalakkan laungan takbir itu dilakukan sepanjang Aidiladha selepas menunaikan solat Subuh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap selepas melakukan lawatan Ziarah Korban Surau Al-Hijrah, Kampung Sungai Tua, di sini, hari ini.

Amirudin turut mengumumkan sumbangan 15 ekor lembu kepada semua Dewan Undangan Negeri di Selangor.

Katanya, agihan itu dapat membantu golongan kurang berkemampuan menerima manfaat Aidiladha.


Pengarang :