PBTSELANGOR

MBPJ: Sakinah Bibi Ahli Majlis Zon 6

PETALING JAYA, 27 OGOS: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengumumkan pelantikan Sakinah Bibi Nagoor sebagai Ahli Majlis Zon 6 yang baharu bagi sesi 2018-2020.

Sekretariat Media Unit Komunikasi Korporat MBPJ berkata, majlis angkat sumpah dan lafaz ikrar diadakan di hadapan Datuk Bandar MBPJ, Dato’ Mohd Sayuthi Bakar di Tingkat 1, Dewan Bunga Tanjung, Ibu Pejabat MBPJ, di sini, semalam.

Katanya, Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu bertanggungjawab menggalas tugas sebagai penggubal dasar MBPJ selari dengan dasar Kerajaan Negeri.

“Peranan lain termasuk menggerakkan aktiviti masyarakat melalui program yang dianjurkan MBPJ dengan pembabitan warga Petaling Jaya.

“Komposisi Ahli Majlis yang berintegriti diharap merealisasikan hasrat MBPJ sebagai sebuah bandar raya peneraju, Dinamik dan Lestari,’’ katanya dalam kenyataan.


Pengarang :