PBTSELANGOR

MBSA buka kaunter bayar cukai taksiran pada hari minggu, cuti umum

SHAH ALAM, 20 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan membuka kaunter bayaran pada hari minggu sepanjang bulan ini termasuk hari cuti umum Hari Kemerdekaan bagi memudahkan pemilik harta menjelaskan cukai taksiran masing-masing.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, pembukaan kaunter pada hari Sabtu dan Ahad bertujuan untuk memberi peluang dan membantu para pemilik harta di kawasan pentadbirannya membuat pembayaran cukai taksiran dengan lebih mudah.

“Pembayaran cukai taksiran boleh dibuat di Kaunter Utama, Tingkat G, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam.

“Kaunter bayaran juga dibuka di Pejabat Cawangan Sungai Buloh, Pejabat Cawangan Kota Kemuning dan Pejabat Cawangan Setia Alam,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Shahrin berkata, waktu operasi kaunter tambahan itu akan dibuka bermula 9 pagi hingga 1 petang.

Sebarang pertanyaan berhubung operasi kaunter tambahan tersebut sila hubungi Kaunter Utama, MBSA di talian 03-5522 2724 atau 03-5522 2897.


Pengarang :