PBTSELANGOR

MBSA tutup sebahagian jalan, beri laluan perasmian Avisena Hospital

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 20 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sementara sebahagian jalan bagi memberi laluan perasmian Avisena Women’s and Children Specialist Hospital, pada 22 Ogos ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, antara jalan terlibat adalah Jalan 14/4, Seksyen 14 mulai jam 12 tengah malam (20 Ogos) sehingga 6 petang (22 Ogos) ini.

Katanya, jalan itu ditutup bertujuan memberikan persiapan sepanjang program berjalan lancar.

“MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh terbabit untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke semasa yang diberikan.

“Kami juga memohon agar pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734.


Pengarang :