Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

MBSA tutup sebahagian jalan sempena sambutan merdeka

SHAH ALAM, 27 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sementara sebahagian jalan bagi melancarkan persiapan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 peringkat Selangor, pada 31 Ogos ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan terbabit adalah Persiaran Bandar Raya (Dataran Kemerdekaan) yang akan ditutup pada 25 Ogos mulai 5 petang sehingga 1 September pada jam 12 tengah malam.

“Sehubungan itu, kita menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh berkenaan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa.

“Kami juga memohon pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi,” katanya dalam kenyataan.

Untuk pertanyaan, hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734.


Pengarang :