Yang Di Pertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin mengibarkan jalur gemilang pada Program Semarak Jiwa Merdeka, peringkat MPK baru-baru ini.
PBTSELANGOR

MPK anjur Program Semarak Jiwa Merdeka

KLANG, 13 OGOS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan mengadakan Program Semarak Jiwa Merdeka di peringkat MPK dan kawasan Ahli Majlisnya sempena bulan kemerdekaan tahun ini dengan menawarkan hadiah berjumlah RM10,000.

Yang Di Pertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, penganjuran Program Semarak Jiwa Merdeka membabitkan keceriaan kawasan dan jabatan bermula awal Ogos hingga 16 September ini.

Katanya, program yang dikelolakan oleh Jabatan Komunikasi Korporat itu akan dinilai hujung September.

“Program yang diadakan ini adalah salah satu aktiviti MPK dalam menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan, di samping menerapkan semangat patriotik dalam kalangan warga Klang dan MPK.

“Saya berharap semua pihak mengambil kesempatan ini untuk menterjemah rasa cinta dan sayang kepada negara melalui kreativiti yang bakal ditampilkan dalam program ini kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Kibar Jalur Gemilang peringkat MPK di sini, baru-baru ini.

Yasid berkata, program berkenaan juga adalah komitmen berterusan MPK yang komited dengan saranan kerajaan agar bangunan-bangunan dan premis dalam pentadbiran MPK dimeriahkan sempena kemerdekaan kali ini.

Katanya, sehingga kini penyertaan yang diterima amat menggalakkan dan pihak yang berminat boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat di talian 03 3375 5555 sambungan 1237, 1605 atau 1606 untuk sebarang pertanyaan lanjut.


Pengarang :