Ir Izham Hashim bersama kakitangan Jabatan Pertanian Selangor melawat Taman Kekal Pengeluaran Makanan Bukit Changgang pada 20 Ogos 2019. Foto Facebook Ir Izham Hashim
EXCOPILIHAN MINGGUANSELANGOR

Orkid berpotensi jadi tanaman bernilai tinggi -EXCO

SHAH ALAM, 21 OGOS: Selangor mahu mengkaji pasaran orkid seterusnya menjadikannya sebagai tanaman bernilai tinggi, kata EXCO Insfrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir. Izham Hashim.

Beliau berkata, hasrat itu disuarakan hasil lawatannya ke Ladang Orkid di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Bukit Changgang bersama Jabatan Pertanian Negeri Selangor, baru-baru ini.

Katanya, terdapat tiga pengusaha di situ yang mengusahakan tanaman orkid lebih daripada 20 tahun dan terbesar ialah seluas 10 ekar.

“Saya amat kagum dengan pelbagai jenis orkid yang diusahakan serta sebahagian besarnya di eksport ke luar negara termasuk ke Jepun dan Jerman.

“Difahamkan spesies baru juga dikeluarkan saban tahun,” katanya kepada SelangorKini.

Mengulas lanjut, Izham berkata, tanaman orkid bukanlah mudah kerana memerlukan modal yang besar serta kemahiran tinggi.

“Buat masa kini pasaran dalam negara tidak begitu tinggi kerana orkid ini agak mahal.

“Kita akan mengkaji pasaran terlebih dahulu sebelum mengambil langkah susulan lain,” katanya.


Pengarang :