Amirudin Shari (lapan dari kiri), EXCO Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan, Abdul Rashid Asari (kiri), Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Mohd Fauzi Mohd Yatim (kanan) bersama ADN Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah (empat dari kanan) bergambar bersama peserta pertandingan bola sepak pantai yang diadakan sempena Pesta Pantai Bagan Lalang @Sepang 2019. – Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
BERITA UTAMASELANGOR

Pesta Pantai Bagan Lalang mampu jadi produk pelancongan terkenal

SEPANG, 17 OGOS: Pesta Pantai Bagan Lalang mampu menjadi produk pelancongan terkenal seperti mana Festival Muzik Hutan Hujan Dunia di Sarawak.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari bagaimanapun berkata, Pesta Pantai Bagan Lalang perlu diadakan secara konsisten setiap tahun dan dinaiktaraf dengan penambahan pelbagai acara menarik.

Amirudin Shari menyaksikan persaingan antara pasukan Rimau Legacy (kiri) menentang Harimau Jati (kanan) dalam pertandingan silat yang diadakan sempena Pesta Pantai Bagan Lalang @Sepang 2019. – Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

“Kalau di Sarawak mereka ada penganjuran Festival Muzik Hutan Hujan Dunia menarik pelancong dari serata dunia dan mereka menggunakan perkhidmatan pengangkutan dan hotel-hotel di Kuching menawarkan pakej menarik untuk pengunjung.

“Mereka juga menikmati makanan di Sarawak dan lain-lain yang menyumbang kemakmuran ekonomi penduduk tempatan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Pesta Pantai Bagan Lalang@Sepang di sini, hari ini.

Amirudin Shari (lapan dari kiri), EXCO Kebudayaan Dan Pelancongan, Peradaban Melayu Dan Warisan, Abdul Rashid Asari (kiri), Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Mohd Fauzi Mohd Yatim (kanan) bersama ADN Tanjong Sepat, Borhan Aman Shah (empat dari kanan) bergambar bersama peserta pertandingan bola sepak pantai yang diadakan sempena Pesta Pantai Bagan Lalang @Sepang 2019. – Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI

Amirudin berkata, pada masa ini penganjuran Pesta Pantai Bagan Lalang sejak empat tahun lalu mula memberi kesan positif apabila pusat pelancongan terbabit semakin dikenali umum.

Ketika memyentuh isu pemuliharaan alam sekitar, Amirudin berkata ianya merupakan tanggungjawab semua pihak.

Amirudin berkata, masyarakat tidak boleh meletakkan tanggungjawab menjaga alam sekitar di bahu kerajaan semata-mata.


Pengarang :