AGENDA NASIONAL

Polis buru individu panah anjing sampai mati

LANGKAWI, 13 OGOS: Polis memburu individu yang bertindak kejam membunuh seekor anjing dengan memanah haiwan itu hingga mati berhampiran sebuah kedai serbaneka 24 jam di Dayang Bay, Kuah di sini.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut selepas seorang pengadu wanita melihat satu hantaran di Facebook mengenai seekor anjing yang ditemui dengan dua kesan panah di badan haiwan itu.

“Semasa pihak polis sampai ke tempat kejadian, anjing tersebut telah ditarik oleh orang awam untuk dibuang ke laut. Bagaimanapun, bangkai anjing tersebut berjaya diperoleh semula dan telah dibawa ke Klinik Haiwan Chenang untuk dibedah siasat memandangkan tiada Pegawai Veterinar bertauliah di Langkawi,” katanya di sini semalam.

Mohd Iqbal berkata, sehingga kini belum dapat dipastikan sama ada ia adalah anjing peliharaan atau liar kerana belum ada pihak yang tampil membuat laporan kehilangan haiwan peliharaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) (d) Akta Binatang 1953. Polis juga meminta pemilik akaun Facebook Chen Liau Weng serta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan agar tampil untuk membantu siasatan,” katanya.

-BERNAMA

Pengarang :