Vladimir Putin
AGENDAGLOBAL

Putin-Jong Un satu hati kembang hubungan dua hala

SEOUL, 15 OGOS: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dan Presiden Rusia Vladimir Putin bertukar-tukar amanat pada Khamis sempena ulang tahun ke-74 pembebasan Korea dari Jepun, lapor agensi berita Yonhap memetik media rasmi Pyongyang Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Dalam amanat itu, masing-masing melahirkan hasrat untuk memperluas hubungan dua hala berdasarkan perjanjian kerjasama yang dicapai semasa sidang kemuncak pertama mereka di bandar Vladivostok pada April lalu.

Jong Un turut menyatakan keyakinann bahawa hubungan dua hala yang telah memasuki “satu tahap tinggi baharu” akan terus berkembang dalam beberapa bidang termasuk politik, ekonomi dan budaya pada masa depan berdasarkan tradisi pemimpin terdahulu kedua-dua negara.

Putin pula berkata, hubungan antara Pyongyang dan Moscow adalah “bersifat mesra serta membina” dan sidang kemuncak Vladivostok “jelas membuktikannya,” lapor media Korea Utara.

– BERNAMA


Pengarang :