Peserta perhimpunan berhimpun di lobi Jabatan Hasil Hong Kong pada 26 Ogos 2019 bagi membantah undang-undang ektradisi rakyat negara itu. Foto AFP
AGENDANASIONAL

Rakyat Hong Kong mohon program MM2H ditapis

KUALA LUMPUR 26 OGOS: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempunyai kata putus berhubung sebarang permohonan daripada penduduk Hong Kong, yang terlibat dengan sebarang bantahan di negara itu, untuk mendapatkan kelulusan bagi program “Malaysia Rumah Kedua Ku” (MM2H).

Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Isham Ishak berkata, mana-mana pemohon yang berminat dialu-alukan tetapi perlu tulen memandangkan permohonan mereka akan diimbas dan tertakluk kepada kelulusan oleh KDN dengan kerjasama interpol.

“Mereka amat dialu-alukan tetapi mereka mestilah tulen, maksud saya mereka bukanlah yang lari daripada sesuatu.

“Sudah tentu kami akan melakukan pemeriksaan latar belakang agar mereka bukanlah pengganas yang mengambil peluang untuk datang ke Malaysia untuk keperluan sendiri.

“Jika mereka adalah yang tidak boleh dikawal atau tidak diundang untuk program ini, Saya pasti KDN akan mempunyai maklumat berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Persidangan Pelancongan Sedunia 2019 oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, hari ini.

Program berkenaan yang diwujudkan pada 2015, masih diusahasama oleh dua kementerian berkenaan dengan KDN mempunyai proses tertentu yang ditetapkan untuk berurusan dengan permohonan berkenaan.

Ishak mengulas satu laporan bahawa program MM2H telah menarik 251 permohonan daripada penduduk Hong Kong tahun ini berbanding 193 diluluskan pada tahun lepas.

“Sehingga kini, saya tidak mahu mengatakan bahawa terdapat lambakan mendadak, saya belum lagi melihat rekodnya tetapi kita menyambut baik sekiranya terdapat permohonan baharu dari Hong Kong yang berminat untuk datang ke Malaysia,” katanya.

Ishak berkata, MM2H menjadi satu program yang amat baik dan yang paling maju “program rumah kedua ku” di dunia dan oleh itu kementerian bercadang untuk memperkenalkan satu sistem automatik bagi memudahkan mereka yang memohon bagi program berkenaan.

Sementara itu, sebuah portal tempatan hari ini melaporkan bahawa terdapat satu peningkatan yang mendadak sehingga 40 peratus dalam jumlah pertanyaan dari Hong Kong untuk program MM2H dalam bulan-bulan yang lepas berikutan kejadian bantahan yang berpanjangan di sana.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Mohamaddin Ketapi baru-baru ini berkata, 43,943 orang dari 131 negara layak untuk program itu dan 13,892 dari China.

Dengan 4,882 orang dalam program itu, Jepun adalah negara kedua terbesar menyertainya. Sebagai melengkapnya sehingga lima negara teratas ialah Bangladesh dengan 4,187 orang, United Kingdom (2,729) dan Korea Selatan (2,568).

– BERNAMA


Pengarang :