PILIHAN MINGGUANSELANGOR

RMS berkenan sertai jelajah basikal sejauh 155km

SHAH ALAM, 21 OGOS: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah al Haj berkenan menyertai jelajah berbasikal sejauh 155 kilometer dalam acara ‘Shah Alam International Enduride (Endurance Ride) 2019′.

Pejabat Istana Selangor melalui kenyataan berkata, baginda memulakan kayuhan dari AEON Big Bukit Rimau dan turut berkenan beramah mesra bersama peserta yang terlibat serta rakyat setempat di sepanjang perjalanannya.

“Acara berprestij yang membabitkan pelbagai kategori itu turut berjaya menarik penyertaan 1,400 peserta 12 negara antaranya Indonesia, Ukraine, United Kingdom, Switzerland dan Korea Selatan.

“Penganjuran kali keenam oleh Majlis Bandaraya Shah Alam ini membabitkan laluan sekitar Shah Alam, Kuala Langat dan Sepang,” katanya.


Pengarang :