AGENDANASIONAL

Rompin catat kualiti udara tidak sihat

SHAH ALAM, 27 OGOS: Rompin mencatatkan skala bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, berdasarkan data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), hari ini.

Setakat jam 4 petang tadi, daerah di Pahang itu yang mula mencatat bacaan tidak sihat sejak semalam merekodkan bacaan IPU 138.

Sementara itu lima lokasi di Selangor termasuk Kuala Selangor, Petaling Jaya, Shah Alam, Klang dan Banting mencatatkan bacaan IPU pada kadar sederhana sehingga petang ini.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.


Pengarang :