SELANGOR

Sebahagian jalan di Kota Kemuning ditutup Ahad

SHAH ALAM, 13 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan di Kota Kemuning bagi melancarkan persiapan dan penganjuran program ‘Shah Alam International Enduride 2019’ pada Ahad ini (18 Ogos).

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, sebahagian jalan itu membabitkan Jalan Sungai Burung 32/68, Persiaran Selangor, Persiaran Anggerik Vanilla, Persiaran Anggerik Mokara, dan Persiaran Rimbayu untuk kerja-kerja persiapan dan penganjuran acara itu.

“Jalan terbabit akan ditutup mulai pada 18 Ogos ini dari jam 7.00 pagi hingga 2.30 petang.

“Justeru, MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh itu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari masa ke masa yang diberikan oleh pihak MBSA,” katanya dalam kenyataan.

Shahrin berkata, MBSA turut memohon supaya pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke destinasi yang hendak ditujui.


Pengarang :