Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
PBTSELANGOR

Sebahagian jalan ditutup sempena sambutan merdeka

SHAH ALAM, 22 OGOS: Sebahagian jalan di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan ditutup bagi memberi laluan kepada sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 peringkat Selangor, pada 30 Ogos ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, penutupan sementara jalan itu bagi memberi laluan kepada persiapan dan semasa program berlangsung.

“Jalan terbabit adalah Persiaran Bandar Raya (Dataran Kemerdekaan) pada 25 Ogos (Ahad) mulai 5 petang sehingga 1 September (Ahad), pada 12 tengah malam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Shahrin menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan dinyatakan pada tempoh berkenaan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa.

“Kita juga memohon supaya pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke mana-mana destinasi,” katanya.


Pengarang :