PBTSELANGOR

Sebahagian jalan ditutup sempena Selangor Corporate Color Run 2019

SHAH ALAM, 15 OGOS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bakal menutup sebahagian jalan bagi melancarkan program larian Selangor Corporate Color Run 2019, Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, antara jalan terbabit adalah Persiaran Sukan, Jalan Lompat Pagar 13/37, Jalan Lontar Peluru 13/39 dan Jalan Tukul Besi 13/41.

Katanya, jalan itu akan mula ditutup mulai 7 sehingga 10 pagi sepanjang perlawanan terbabit berlangsung.

“MBSA menyeru orang ramai supaya tidak menggunakan jalan yang dinyatakan pada tempoh itu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas dan sentiasa mematuhi arahan dari semasa ke semasa.

“Pada masa sama, kami memohon pengguna jalan raya memberikan kerjasama dan menggunakan jalan alternatif untuk menuju ke mana-mana destinasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebarang pertanyaan, hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5522 2734.


Pengarang :