Sebahagian bayi Merdeka yang lahir di HTAR, Klang pada 31 Ogos 2019. Foto JABATAN KESIHATAN SELANGOR
AGENSI SELANGOR

Selangor catat 56 kelahiran bayi Merdeka

SHAH ALAM, 31 OGOS: Seramai 56 bayi selamat dilahirkan hari ini sempena sambutan Hari Kemerdekaan kali ke-62 di hospital kerajaan di Selangor, bermula 12 tengah malam sehingga 8 pagi tadi.

Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dato’ Dr Khalid Ibrahim berkata, bayi berkenaan dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang; Hospital Selayang dan Hospital Kajang.

“Daripada 56 kelahiran itu terdiri daripada 21 lelaki dan 35 perempuan.

“Tiga daripadanya lahir menerusi pembedahan manakala dua pasangan kembar bayi lelaki berbangsa Melayu selamat dilahirkan di Hospital Selayang dan Kajang,” katanya dalam kenyataan.

Secara jumlah keseluruhan, 45 bayi berbangsa Melayu, tujuh India, dua Cina sementara masing-masing satu Myanmar dan Indonesia.


Pengarang :