AGENDAGLOBAL

Sindiket penipuan pusat panggilan tumpas

BANGKOK, 16 OGOS: Polis Thailand berjaya menumpaskan sindiket penipuan pusat panggilan dengan tertangkapnya 13 lelaki warga Taiwan yang menipu mangsa membabitkan sekurang-kurangnya 30 juta baht.

Ketua Biro Imigresen Thailand, Lt Jen Sompong Chidduang berkata, 13 rakyat Taiwan termasuk tiga wanita diberkas di sebuah rumah di Daerah Mueng di Wilayah Chonburi, kelmarin.

“Kami menerima maklumat dari rakan sejawatan dari Taiwan berhubung sindiket penipuan panggilan pusat ini yang menipu 21 mangsa sejak Oktober tahun lalu hingga sekarang,” katanya dalam sidang media di sini.

Beliau berkata, seorang mangsa ditipu membabitkan kerugian 7.2 juta baht.

Polis juga menemui 44 telefon bimbit, 43 telefon talian daratan dan 17 internet router, 10 komputer, komputer riba dan Voice Over Internet Protocol (VOIP).

Kesemua suspek ditahan di Bangkok sementara menunggu untuk proses deportasi.

-BERNAMA


Pengarang :